saat kita bersama…
pertemuan pertama,
kita saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain,
datang dengan satu harapan agar dapat menjadi insan berguna,
di satu tempat kita disatukan,
bersama mengharungi ranjau dan duri,
saat suka duka dilalui bersama,
hadirmu memberi semangat baru dalam meniti hari-hari yang penuh liku,
tanpamu kurasakan aku tidak mampu untuk mengharungi semua,
kaulah selalu memberi semangat untukku,
yang selalu berada disampingku saat aku begitu memerlukan,
bagiku dirimu satu anugerah yang tak terhingga,
aku bersyukur kepadanya,
kerana telah menurunkanmu untukku,
sesungguhnya amat sukar untukku mencari manusia sepertimu,
tidak pernah sekali dirimu pergi jauh dariku,
walaupun kadangkala aku selalu melakukan sesuatu yang mungkin tak terjangka olehmu,
saat ini amat memilukan bagiku,
kini hanya tinggal sesuku saja waktu untk bersamamu,
kuharap kita akan terus kekal walaupun dirmu berada beribu batu dariku,
semoga dirimu tidak akan akan melupakan diriku,
semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya…
shabatku… USIM
September 3, 2008 at 6:45 am
memilukan btol.. tp apa yg hfs tls 2 memg tol, kita kat sini tuk beberapa bln j lg.. pas 2 masing2 akan bwk haluan sndiri. hrp lakukan yg trbaik.
mintak2 kita takkan terputus hubungan tuk selamanya… ingatku dalam doamu ya… see ya..
September 4, 2008 at 6:06 am
sedih pulak hafis tulis g2…memang sedih kak lisa nak tinggal saing2…
salam… jangan lupa yer… smaga kekal selamanya…
September 5, 2008 at 2:29 am
betul cakap kak lisa tue…huhuhu,tapi orang dah tak sabar nak habis belajar, dah tak larat nak bersaing secara sihat ngan kawan2…tapi nanti mesti rindukan korang semua…..iskh!iskh!iskh!
salam… jangan lupakan kawan2 yer… huhuh…waaaa…
September 5, 2008 at 7:13 am
apis..(uhuk-uhuk)sedihnya..xnak berpisah, klu ikutkan hati biar selamanya kita bersama. 1 je yang penting ya, jgan PERNAH lupakan kenangan kita bersama ya..
iya ida… saya akan ingat selalu… jangan tukar no fon yer… kalau nak tukar bagaitahu…wawawa…
September 7, 2008 at 1:35 pm
sedih kan…diam xdiam dah 4 thn upeny kita b’sama b’juang kat usim ni. pasni myb dah xjmpa gak ny..xpa lh,yg pntg jauh dmata dkt dihati!!jgn lupa kat ipah ya korg2 semua!!!luv u guys!!!
salam… aiii ipah… yer… insyaallah selagi nyawa dikandung badan, saya akan ingat ipah dan kawan2 yang lain… big smile for you…
September 9, 2008 at 5:31 am
salam..sedihnyer..tp, start dari sem ni lagi sy dah rasa sedih. tggl beberapa bulan saje lagi 2 say GOODBYE..(dlm nada sedih) kotg2 xpe la leh jupe coz dekat2. sy sorg yg dok sarawak..guano?? lagi terasa sedihnyer..nati korg anta la sy, ipah, ida & dyg ke airport ramai2 yer. isk3…
salam pija… jangan sedih yer… senyum slalu… heheh… insyaallah nanti kalau ada peluang kita g rame2… pijaaAAAAAAAAAAAAAA….