Archive for the kisah tauladan Category

nilai sepuluh ringgit…

Posted in kisah tauladan on March 21, 2008 by mujahidsuci

seorang bapa pulang kerumah dalam keadaan letih disambut anaknya yang berusia 7 tahun di muka pintu.

“ayah… boleh Amin tanya satu soalan???”

“ya, nak tanya ape…???”

“berapa pendapatan ayah sejam???”

“itu bukan urusan kamu, buat apa kamu sibuk nak tanya???”

“amin saje nak tahu, tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat???”

“20 ringgit sejam”

“oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. kemudian memandang ayahnya sambil bertanya…

“ayah boleh amin pinjam 10 ringgit daripada ayah???”

si ayah menjadi berang dan berkata… “ohh… itukah sebabnya kamu bertanya tentang pendapatan ayah???” kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit???” nak beli mainan lagi??”jangan nak membazir, ayah keje penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan. sekarang pergi masuk ke bilik, masuk tidur, sekarang dah lewat ni…”

 kanak-kanak tujuh tahun itu tertunduk dan perlahan-lahan berjalan menuju kebiliknya. si ayah duduk diatas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu?? kira-kira dua jam kemudian, si ayah mula tenang dan berfikir mungkin anaknya betul-betul memerlukan duit untuk keperluan disekolahnya, kerana sebelum ini anaknya tidak pernah meminta duit sebanayk itu. Dengan perasaan bersalah si ayah berjalan menuju kebilik anaknya dan membuka pintu bilik. didapati anaknya belum tidur… “kalau kamu betul-betul memerlukan duit, nah ambillah sepuluh ringgit ni” kata si ayah…

kanak-kanak itu terus bangun dan tersenyum girang. “terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya, dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “kenapa kamu mintak duit lagi, sedangkan kamu sudah ada duit sebanyak itu??? dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu???” jerkah si ayah.

 si anak tunduk, tidak berani merenung wajah ayahnya. “duit ini amin kumpul dari duit belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. amin mintak lagi sepuluh ringgit dari ayah sebab duit amin ada tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“tak cukuppp… nak buat beli apa???”

“ayah, sekarang amin ada 2o ringgit. ayah ambil duit ni. amin nak beli sejam dari masa ayah. amin nak makan malam berssama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya…

 barulah si ayah benar-faham maksud anaknya itu…

moral:

Kadangkala kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita…renungkanlah…. :)