BULAN RAMADHAN YANG MULIA…

Posted in Uncategorized on August 6, 2011 by mujahidsuci

Setelah setahun berlalu, kini bulan ramadhan kembali lagi.. Bulan ramadhan merupakan bulan mulia bagi seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan rahmat dan keberkatan yang penuh dengan keampunan. Bulan ramadhan menguji setiap umat Islam agar menginsafi diri tentang kebesaran Allah SWT. Bulan ramadhan mengajar umat Islam tentang erti kesabaran, secara tidak langsung dapat melatih diri untuk lebih kuat menghadapi dugaan hidup di dunia yang semerntara ini.

Begitulah istimewanya bulan Ramadhan. Penuh dengan keberkatan, keampunan dan rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya… Semoga Allah SWT akan memberkati setiap umat Islam di dunia.

saat membaca balasan dari teman-teman

Posted in renungan on September 10, 2008 by mujahidsuci

aku kini sedar, bahawa setiap pertemuan itu mesti ada perpisahan,

satu reaiti yang tidak dapat dipisahkan,

tiada siapa dapat menghalang.

namun ia terletak pada diri kita sendiri,

samaada perpisahan itu akan berakhir untuk selamanya

atau ia cuma perpisahan dari pandangan mata sahaja

dan tetap tersimpul utuh di hati.

wahai teman-teman,

sudah menjadi lumrah, bertemu dan berpisah,

begitu juga dengan hidup yang takkan kekal untuk selamanya.

namun, ketahuilah,

bahawa dirimu takkan pernah aku lupakan,

kenangan kita bersama,

akan tersimpan menjadi satu memori indah,

seindah fajar pagi nun jauh di ufuk timur,

menyinarkan cahaya menerangi alam semesta…

i love you all… remember me okay… 😥

saat kita bersama…

Posted in renungan on September 3, 2008 by mujahidsuci
pertemuan pertama,
kita saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain,
datang dengan satu harapan agar dapat menjadi insan berguna,
di satu tempat kita disatukan,
bersama mengharungi ranjau dan duri,
saat suka duka dilalui bersama,
hadirmu memberi semangat baru dalam meniti hari-hari yang penuh liku,
tanpamu kurasakan aku tidak mampu untuk mengharungi semua,
kaulah selalu memberi semangat untukku,
yang selalu berada disampingku saat aku begitu memerlukan,
bagiku dirimu satu anugerah yang tak terhingga,
aku bersyukur kepadanya,
kerana telah menurunkanmu untukku,
sesungguhnya amat sukar untukku mencari manusia sepertimu,
tidak pernah sekali dirimu pergi jauh dariku,
walaupun kadangkala aku selalu melakukan sesuatu yang mungkin tak terjangka olehmu,
saat ini amat memilukan bagiku,
kini hanya tinggal sesuku saja waktu  untk bersamamu,
kuharap kita akan terus kekal walaupun dirmu berada beribu batu dariku,
semoga dirimu tidak akan akan melupakan diriku,
semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya…
shabatku… USIM

sesuatu telah berlaku…!!!

Posted in cin... on September 2, 2008 by mujahidsuci

sesuatu telah berlaku…!!!

tentunya ada sesuatu yang berlaku,
memang ada sesutu yang berlaku,
sejak kebelakangan ini ku rasa seperti
segalanya sudah berubah,
segalanya sudah baru,
aku sering lupa apa yang aku buat,
tanpa sedar aku selalu menyanyi,
sekarang aku mula tersenyum sendiri,
gayaku pun sudah berubah,
sejak hati ini mula sensitif begini,
diriku selalu gembira saja,
aku akan selalu tersenyum bila berjumpa dengan siape saja,
siapa yang berjumpa denganku mesti gembira,
sesuatu telah merubah hidupku,
dunia kelihatan berseri,
kelihatan seperti bintang bertaburan diangkasa,
bunga-bunga seperti berkembang mekar,
udara sekelilingku begitu harum sekali,
sekarang aku lebih menjaga penampilanku,
asyik memikirkan bagaimana aku kelihatan,
aku akan selalu melihat cermin,
bagaimanakah wajahku?
apakah yang membuatkan aku jadi begini?
aku pun tak tahu??..

hidup…

Posted in renungan on August 29, 2008 by mujahidsuci

“hidup”…. satu perkataan yang amat bernakna bagi setiap manusia. “hidup”… memberikan harapan untuk semua makhluk mengecapi segala kurniaan yang Esa di muka buminya… “hidup” selalu dikaitkan dengan pengakhiran “kematian” yang manusia sering lupa tentang adanya… lalai mengejar ssesuatu yang hanya sementara, belumba-lumba walau dengan apa cara sekalipun… hingga melupakan nikmat pemberiannya… tidak langsung mensyukurinya, malah berbangga dengan apa yang mereka ada, keangkuhan menguasai jiwa, nafsu mematikan akal fikiran, meninggalkan tompok di dada… saat pengakhiran tiba, jiwa mula resah gelisah, tiada lagi kengkuhan, tiada lagi kebanggaan dalam melawan ketentuannya… meraung untuk kebebesan, meminta dikembalikan, merintih, merayu dengan sepenuh hati… keangkuhan dunia mula terbayang dimata… saat nafas mula terhenti… jasad sudah tak bermaya lagi…..

syukurilah nikmat Allah… sesungguhnya dunia hanya sementara…

selamat berpuasa… semoga datangnya kali ini dapat memberi sedikit ketenangan untuk menyucikan diri dari dosa, kembali kepada rahmatnya… sesungguhnya ia amat bermakna… kita mungkin tidak akan sempat untuk menemuai nya lagi pada masa akan datng…

 

wassalam.

first lo…

Posted in cin... on August 29, 2008 by mujahidsuci

first love

I was like that too,
the image of first love appeared when I didn’t expect it,
I sighed,
I have feeling of some sadness,
what is this?
stop knocked my heart,
stop hammering in my chest!
I have feeling of some sadness,
about whether or not I should say goodbye,
at that time I had so many hopes,
what was I waiting for?
I was drawing a rich future within my mind,
for all my hopes…
but I don’t know what is it ??
is it “first Love”??

???

Posted in cin... on August 25, 2008 by mujahidsuci

   the bright sun shines in my back,
   in this town I run througt,
   and once again I feel a tap on my shoulder,
   you are the one I really like,
   there is no reason.
   there’s no way you’ll be in my arms,
   I don’t know when but my eyes were locked on you,
   and that’s how it all began.
   I won’t let go,
   I won’t change my mind,
   cause I’m crazy for you.
   I want to shout that I like you,
   let’s try to change tomorrow.
   I want to put an end to the times I couln’t speak.
   I want to shout that I like you
   and step forward with confidence,
   these burning feelings,
   I want you to catch.

buat kawan2

Posted in luahan hatiku on August 20, 2008 by mujahidsuci

assalamualaikum…

aiii semua ape kabar??? sebenarnye saja je tulis sikit2 dalam laman blog ni, dah lama tak update… hehehe… jeles la tengok ipah asyik tullis macam2… ni tak ble jadi ni… kena tulis jugak sesuatu… tapi apa ya??? takdok ideaaaaa… waaaaaa… puas dah pikir ni… macam mana nak cari idea ni??? tak tauuuuuu… so korang bagi la sugeestion atek yer… nak challenge ipah ni…kehkehkeh… ipah jangan marah yer… hahaha… ehem2… ipah bagi la saya sikit idea yer… nak tulis ape lagi yer??? hmmm… dah la tu dah panjang dah ni, ble la kot nak challenge si ipah tu buat permulaan ni…kakakakakaka… keh bye sume, bagi la support kat saya yer… bye… wassalam.

SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN….. APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI…. ..

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by mujahidsuci
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]

aku dan dia

Posted in gambar member2 on March 30, 2008 by mujahidsuci

Image Hosting by PictureTrail.com

 salam… ni gambar aku dengan spupu aku……. 🙂