aku kini sedar, bahawa setiap pertemuan itu mesti ada perpisahan,
satu reaiti yang tidak dapat dipisahkan,
tiada siapa dapat menghalang.
namun ia terletak pada diri kita sendiri,
samaada perpisahan itu akan berakhir untuk selamanya
atau ia cuma perpisahan dari pandangan mata sahaja
dan tetap tersimpul utuh di hati.
wahai teman-teman,
sudah menjadi lumrah, bertemu dan berpisah,
begitu juga dengan hidup yang takkan kekal untuk selamanya.
namun, ketahuilah,
bahawa dirimu takkan pernah aku lupakan,
kenangan kita bersama,
akan tersimpan menjadi satu memori indah,
seindah fajar pagi nun jauh di ufuk timur,
menyinarkan cahaya menerangi alam semesta…
i love you all… remember me okay… đ„